Saturday, 3 September 2016

Kalendar Akademik (Academic Calendar)

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Almost a month since last post. Bulan lepas agak busy sikit. Aku dapat satu tugasan untuk design kalendar akademik semester 1 sesi 2016/2017 Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM). Bunyi macam senang je, tapi takdelah susah sangat pun. Tapi aku berbesar hati dengan tugasan ni. Mana taknya, orang akan selalu tengok kalendar yang merupakan hasil kerja kau. Takkan tak rasa syok.



Design 1
Design 2



Gambar di atas ni merupakan design kalendar akademik bagi semester lepas. Apabila diberi tugasan, aku akan cuba sedaya upaya untuk tidak mengikut design lama. Atau kata lainnya, nafas baru. Sebelum proses mereka design baru, aku akan buat research dulu berkenaan design kalender akademik yang sedia ada. Ini adalah contoh-contoh kalendar akademik yang aku jadikan bahan kajian serta idea.


Research 1
Research 2
















Berdasarkan 2 bahan di atas, aku hasilkan satu design baru. Design yang berbeza daripada design lama. Penambahbaikan dari segi kekemasan, penggunaan font yang mudah dibaca. Warna yang kena dengan tema UTeM.


Version 1

Ini merupakan version 1 daripada design baru. Background biru gelap supaya dapat menonjolkan warna kalendar yang cerah. Pembahagian header dan footer yang lebih jelas. Dekat header aku fokuskan apa yang nak ditunjukkan, iaitu kalendar akademik untuk semester 1 2016/2017. Pada bahagian footer pula aku letak petunjuk untuk maksud setiap warna yang digunakankan sebagai highlight kalender dan juga email UTeM. Setiap warna highlight memberi maksud berlainan contohnya cuti awam, perayaan, peperiksaan, dan sebagainya.

Setelah dibentangkan, design kalendar version 1 ni kena reject. Client nak guna konsep design yang lama. Susunan tarikh mengikut minggu pembelajaran. Lagi satu, client minta aku untuk hasilkan 4 design lagi. Well, nak taknak kenalah ikut apa yang client nak. Tak boleh nak ikut sedap sendiri je.

Aku rehat selama beberapa hari, nak cari ilham untuk kalendar kononnya. Tapi kerja tak jalan juga. Akhirnya pada malam ahad aku nekad siapkan kalender akademik yang tertunggak ni. Aku siapkan 4 design sekaligus malam tu, sampailah ke pagi isnin. Semalaman tak tidur.


Version 2.1
Version 2.2
Version 2.3
Version 2.4






























Empat gambar di atas merupakan design baru yang telah aku hasilkan dalam satu malam. Simple je design-nya pun. Aku kekalkan header dan footer. Pakai font yang sama. Tak perlu nak pening-pening dan serabut. Cuma main-main dekat color dan opacity yang sesuai untuk setiap tema design. Design yang terpilih ialah "Version 2.2" dan "Version 2.3". Secara peribadinya, aku pun minat yang kayu tu. Ada unsur vintage. Tapi bagi korang, mana satu yang korang suka?

Btw, kalender ni sudah pun di print. Jadi untuk semua rakyat UTeM bolehlah beli kalendar ni supaya korang lebih peka dengan tarikh-tarikh penting universiti. Harga aku tak tahu. Haha. Kalau ada apa-apa di benak fikiran korang, nak tanya, atau bagi pendapat, feel free to comment. 

Saturday, 13 August 2016

Low Poly

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Korang pernah dengar "Low Poly"? Bagi yang pernah dengar dan tahu tu, tahniah. Tapi bagi yang tak tahu atau tak pernah dengar, "Low Poly" ni ialah gabungan polygon membentuk satu grafik. Faham? Kalau tak faham, kiranya korang menggabungkan segitiga sehingga menjadi satu grafik/gambar. Kalau masih tak faham lagi, tengok contoh gambar ni.

Dato' Lee Chong Wei
Allahyarham Sudirman

Both artworks low poly ni merupakan hasil kerja dribblack. Kalau nak tengok lagi artwork yang awesome macam ni, bolehlah tengok dekat instagram dia (@dribblack).

Akaun Instagram dribblack

Masa tu dalam September tahun 2014. Zaman low poly tengah naik dekat Malaysia aku rasa. Aku sangatlah impressed dengan artwork dribblack. Dia punya low poly sangat artistic, kemas, dan dia pandai main dengan warna. So, aku yang tengah impressed ni pun sangatlah termotivasi untuk buat satu artwork low poly. Aku buka youtube tengok video tutorial. Masa tu tak pandai lagi guna Adobe Illustrator. Aku guna Adobe Photoshop CS5. Kalau korang pakai Adobe Photoshop CS6 lagi bagus.

Untuk cubaan pertama, takkan nak buat yang susah-susah. Aku pun cari gambar yang simple. Aku guna gambar sendiri.

Selfie menggunakan front camera Lenovo S960

Gambar contoh dah ada. Aku drag masuk dalam photoshop. Berbekalkan video tutorial di youtube, aku mulakan perjalanan artwork low poly pertama aku. Aku ikut setiap langkah yang ada dalam video. Sampai tak ingat dah berapa kali aku tengok video tu. Sampai dah naik mual tengok skrin laptop. Aku berhenti rehat. Lepas tu sambung balik.

Rasanya dah dekat seminggu jugaklah aku nak siapkan low poly ni. Tapi takdelah menghadap laptop berterusan. Banyak berehat adalah. Bila dah ada mood, baru aku sambung buat.

Seminggu kemudian

Selepas seminggu, maka terhasillah gambar di atas. Tapi takkan nak biar macam ni je. Aku letak background warna biru cair.


First low poly

Tapi biru cair macam buruk pulak. Haha. Takpe. Banyak nak kena improve lagi. Terutamanya dari segi penggunaan warna, susunan dan penggunaan segitiga, dan banyakkan lagi latihan. Not bad for my first try. Btw, low poly ni tak semestinya korang mesti kena buat muka orang je. Ikut kreativiti korang. Nak buat low poly haiwan, persekitaran, atau abstrak. Oh ya! Jangan lupa letak "watermark". Tak kesahlah korang nak tulis nama, signature, alias, logo, silhouette, & etc. Elakkan daripada artwork korang dicuri.

Dekat bawah ni aku ada selitkan link akaun instagram dribblack dan juga video tutorial yang aku tengok dekat youtube. Selamat mencuba! :) Kalau ada apa-apa di benak fikiran korang, nak tanya, atau bagi pendapat, feel free to comment.




First Ever Design

Depan
Belakang

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Korang kenal tak baju ni?

Kalau ditanya students Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) yang ada masa tahun 2014, diorang tahulah kot. Ini adalah baju untuk kejohanan Sukan Antara Fakulti (SAF) UTeM untuk edisi ke-9. Tapi bukan kita nak fokuskan dekat baju yang dah makin lusuh dimamah mesin basuh ni. Kita nak fokus dekat design dia.

Kalau korang nak tahu, design baju ni bukanlah aku yang buat. Hehehe. Orang yang design logo ni ialah Wan Ashraf Taqqid (Aben). Aku cuma jadi pembantu designer je. Masa tu belum pandai lagi nak guna software Adobe Illustrator. Tapi yang penting minat nak belajar tu ada.

Masa tu Aben dapat task kena buat satu logo untuk SAF9 di mana logo tu akan digunakan sebagai logo kejohanan dan akan dicopkan dekat baju. Bukan calang-calang punya kerja ni. So, dia ajak aku teman dia design.

Logo

Malam tu kitorang memang dah buntu, takde idea. Then we came out with this sort of idea. Buat typographic design. Iaitu menghasilkan design dalam bentuk huruf dan perkataan. Nak nampakkan lagi menarik, kitorang tukar huruf "S" untuk perkataan "Sukan" tu dengan bayang-bayang player ping-pong. Kreatif tak kitorang? Haha.

Part paling susah adalah nombor 9 tu. Kitorang terpaksa cari font yang sesuai untuk nombor 9 tu. Bukan suka-suka je nak pakai font mana-mana. Macam Times New Roman tak pun Arial. As graphic designers, kitorang kena cari font yang sesuai dengan tema sukan, font tu mestilah boleh memuatkan ruang yang ada, dan nampak macam simetri antara kiri dan kanan. Takdelah design nampak lopong je. Kitorang jumpa font yang okay, but still kena adjust sikit bentuk dia. At the end of the night, apa yang korang tengok dekat gambar itulah apa yang kitorang sudah hasilkan. Takdelah lawa mana pun. Tapi okaylah untuk hasil kerja satu malam.

Pada hari kejohanan, baju diedarkan. First impression susah semestinya gembira tapi bercampur dengan terkejut. Sebenarnya kitorang tak tahu pun design dah diterima ataupun tak. Tahu-tahu je baju dah siap cop dan sudah diedarkan. Kitorang nak marah siapa pun tak tahu. Tanya satu pihak, ditolaknya ke pihak yang lain. Siapa yang salah pun kita tak tahu. Paling menyedihkan apabila hasil kerja kitorang tak mendapat sebarang penghargaan malah satu sen daripada hasil keuntungan baju pun kitorang tak merasa.
"Things happened for a reason."
 Walau apa pun yang terjadi, nasi sudah menjadi bubur. Pengalaman mengajar kita erti kehidupan. Perkara buruk yang berlaku tu mungkin sebenarnya rezeki yang menguatkan kita di masa hadapan. Supaya kita lagi peka dengan persekitaran.

Diharapkan untuk semua orang diluar sana, tak kesahlah graphic designer atau bukan, untuk lebih berhati-hati dan jauhi plagiarism. Tak tahu apa itu "plagiarism", google sendiri. Haha.

Kalau ada apa-apa di benak fikiran korang, nak tanya, atau bagi pendapat, feel free to comment.


Friday, 12 August 2016

Pengenalan (Introduction)

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Dah lama sebenarnya aku nak ada blog sendiri. Tapi selama ni takde masa, busy itu ini. Tapi sekarang ni aku gagahkan juga untuk buat blog demi korang di luar sana. Hehe.

Tujuan asal blog ni dihasilkan adalah untuk share hasil kerja aku dekat korang, tutorial atau setiap langkah yang aku ambil untuk hasilkan sesuatu, dan mungkin aku selitkan sedikit apa yang berlaku dalam kehidupan seharian untuk peminat di luar sana.

First post ni aku tak tahu nak tulis apa dah. Untuk post yang akan datang mungkin menarik sikit. Kalau ada apa-apa di benak fikiran korang, nak tanya, atau bagi pendapat, feel free to comment.